Updates

Salam semua.

Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf kerana kami lewat tampil untuk memberi penjelasan, event sudah berlaku 16 hari yang lepas (31 Ogos) dan kami hanya tampil sekarang untuk meminta maaf hari ini, Kami perlukan masa untuk damage control, siasatan, dan untuk memberi penjelasan dengan baik.

Pihak penganjur iaitu kami, Kelab Sukan Rekreasi JPC mahu meminta maaf pertama sekali dan terutamanya sekali kepada para peserta yang menyertai jambori ini, dan seterusnya kepada semua rider-rider di Malaysia tak kiralah sama ada di dalam mahupun di luar komuniti MTB diatas pengurusan jambori yang dibawah par yang telah menyebabkan ramai pihak marah dan tidak berpuas hati. Sebagai sebuah kelab yang professional, kami kesal dengan apa yang berlaku dalam pengurusan baik dari aspek teknikal mahupun aspek pentadbiran/pengurusan. Sebarang kekurangan dan kepincangan event ni adalah dari kekurangan kami sendiri dari segi pengalaman pengurusan sebuah jambori MTB, dan juga dari segi teknikal.

Tentatif Program

06.30 am : Registration
07.30 am : Opening and Launching Ceremony
12.30 pm : Luncheon
01.00 pm : VVIP and Invitations Arrival
Closing Ceremony and Prize Giving Ceremony
02.00 pm : Dismiss

Tentatif program telah direka dengan mengambil kira masa yang paling relevan dan cukup untuk semua peserta. Pendaftaran pada hari event dijadualkan bermula pada pukul 6.30 am dan Opening & Launching Ceremony pada pukul 7.30 am. Tidak ada di mana-mana blogspot page atau facebook page, atau flyer information yang kami tuliskan bahawa flag off/launching adalah pada masa yang lain dari 7.30 am.

Luncheon dijadualkan pada pukul 12.30 pm, 5 jam selepas launching kerana mengambil kira para peserta yang beginner dan habis paling lewat sekali. Para peserta dijadualkan untuk pergi ke khemah makanan yang disediakan oleh pihak catering untuk makan tengah hari.

Prize Giving Ceremony dijadualkan pada pukul 1.00 pm selepas jamuan makan dan disertai oleh tetamu VVIP.

Kronologi Hari Event

5.00 am

Team teknikal masuk hutan untuk periksa trek buat kali terakhir.

Trek sudah dibina dan disediakan sejak 5 bulan sebelum event. Rata-rata peserta bersetuju bahawa trek yang disediakan oleh penganjur amat seronok dan sesuai untuk semua peringkat pengalaman. Sepanjang 4 hari sebelum event, team teknikal masuk hutan hampir 24 jam sehari untuk periksa trek. Pada hari event, team teknikal masuk hutan pada pukul 5.00 am buat kali terakhir untuk buat full sweep keadaan trek. Dalam pandangan team teknikal, keadaan trek elok dan memuaskan.

6.00 am

Pendaftaran bermula pada pukul 6.30 am. Ada ramai peserta yang datang lebih awal, terutama sekali para rider yang professional. Mereka telah terlebih dahulu menyusun basikal masing-masing di petak permulaan seawal 5 am. Disiplin mereka amat kami hargai. Pendaftaran sedikit terganggu kerana list nama peserta yang terbaru tidak sampai melalui email akibat talian internet yang kurang memuaskan di puncak Bukit Hijau, jadi nama mereka terpaksa dimasukkan secara manual dalam pendaftaran. Terdapat juga segelintir para peserta yang sampai pada pukul 7.30 am dan 8.00 am dan mahu mendaftar nama mereka.

7.30 am

Para peserta dilepaskan dalam flag off pada pukul 7.30 am seperti yang dijadualkan. Sebahagian peserta yang sampai lambat dan mendaftar lambat tidak dapat menyertai flag off untuk mengelakkan seluruh flag off lewat. Acara dilakukan dengan sederhana, walau bagaimanapun tiada taklimat keselamatan diberikan kepada para peserta, dan tiada upacara doa selamat sebelum flag off. Flag off hanya sekadar “3, 2, 1, go”.

Sepanjang kayuhan dalam jambori

Masalah utama bagi para peserta adalah ramai yang telah sesat kerana terkeluar dari trek. Tanda arah di dalam trek tidak jelas dan ada beberapa kawasan trek yang seolah-olah tiada tanda arah atau petanda. Peserta-peserta yang paling terjejas adalah dalam kalangan peserta laju yang melalui trek terawal sebelum ada kesan tayar basikal para peserta yang terdahulu. Ada yang sesat sejauh 80 km, walhal trek hanyalah dalam lingkungan 45 km sahaja.

Terdapat juga para peserta yang jatuh dan cedera. Ada yang mengalami rantai putus dan tayar pancit, malangnya marshall bermotosikal tidak meronda sepanjang laluan atau dalam kawasan trek untuk memeriksa keadaan para peserta.

Air kami telah sediakan di setiap checkpoint tetapi tidak mencukupi. Sebahagian peserta telah mengambil lebih dari 2-3 botol air sepanjang trek, baki air yang disediakan tidak mencukupi untuk sebahagian besar peserta yang lain. Air juga tidak dibawa dari tempat simpanan air ke checkpoint-checkpoint oleh staff teknikal menyebabkan air mineral tidak diisi semula.

Para peserta yang kayuh lebih perlahan dari group awal dapat mengikut jejak peserta di hadapan jadi ramai yang tidak sesat dan berjaya sampai ke garisan penamat lebih awal dari para peserta yang sesat dan lebih laju.

Staff teknikal telah bersedia di garisan penamat, ada diantara mereka ditugaskan untuk mengalungkan medal kepada para peserta yang menghabiskan perlumbaan. Terdapat juga staff teknikal yang bertugas untuk merekodkan placement top 15 bagi peserta dari setiap kategori. Team medic juga bersedia untuk merawat sebarang peserta yang cedera yang sampai di garisan penamat.

Penyediaan garisan penamat yang tidak memuaskan telah menyebabkan peserta sampai dalam kelompok besar yang tak diatur. Lane-lane yang khas untuk kategori yang berlainan tidak disediakan jadi para peserta dari kategori yang berlainan telah bercampur menyebabkan staff teknikal tidak sempat menulis placement top 15 apabila peserta sampai di garisan penamat.

11.00 am

Kekecohan bermula di garisan penamat setelah segelintir peserta tak puas hati dengan kedudukan pemenang. Para peserta yang lebih laju dan berpengalaman dipintas oleh peserta baru yang amatur kerana mereka sesat menyebabkan positioning top 15 dipertikaikan. Kekecohan memaksa petugas yang memberikan medal di garisan penamat meninggalkan pos masing-masing dan medal kerana bimbang keselamatan diri terancam.

Para peserta yang tidak berpuas hati pergi ke meja lucky draw dan menggesa staf di bawah khemah untuk mengubah positioning top 15. Ada individu yang telah membawa longgokan medal dan meletakkannya diatas meja lucky draw. Walaupun medal yang disediakan adalah sebanyak 750 unit dan jumlah peserta adalah 730 orang, keseluruhan medal habis diambil. Akibat pertikaian pemenang, pihak penganjur telah mengadakan mesyuarat tertutup dengan beberapa peserta yang berpengalaman untuk merombak placement top 15. Individu-individu yang tak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan ini untuk melarikan kesemua hadiah lucky draw dari khemah lucky draw. Peserta yang selebihnya ada yang pulang ke rumah dan ada yang tinggal di Bukit Hijau untuk mandi manda di kawasan air terjun dan sungai.

12.00 pm

Makanan dari catering sampai pada pukul 11 am dan kumpulan kecil peserta yang masih tinggal di kawasan padang Lata Bukit Hijau makan. Selepas perbincangan untuk kedudukan top 15 selesai dan disetujui, majlis penyampaian hadiah dilangsungkan di dalam bangunan Pusat Penerangan di sebelah padang Bukit Hijau pada pukul 1 pm seperti yang dijadualkan.

Kami sudah kenalpasti masalah-masalah utama dalam event ni:

1. Staff teknikal di checkpoint-checkpoint dalam trek meninggalkan stesen mereka

2. Sabotaj (sama ada sengaja atau tak) keatas trek menyebabkan ada pagar di trek yang ditutup, tanda arah diganggu, peserta sengaja dibawa kearah laluan yang salah oleh individu yang bukan dari pihak penganjur

3. Juri pada garisan penamat yang kurang berpengalaman menyebabkan positioning top 15 bagi setiap kategori bercelaru dan boleh dipertikaikan

4. Marking paper untuk tanda arah dalam trek kurang dan tak jelas untuk para peserta ikut especially para peserta star dan top yang kayuh sangat laju dan tak boleh ambil masa yang lama untuk pastikan laluan trek yang betul

5. Makanan dari pihak catering sampai lambat selepas majoriti peserta telah pulang, air disediakan dalam trek tak cukup, air minuman oleh catering datang dalam tong air yang tidak sepatutnya.

Hak para pemenang kami telah jaga. Mereka yang dapat placement top 15 kami beri hadiah wang tunai seperti yang telah dijanjikan dalam bentuk cek di upacara penyampaian hadiah. Bagi position yang dapat hadiah RM50, pihak penganjur telah beri wang secara tunai. Walaupun makanan dari catering lambat sampai, program telah dilangsungkan seperti yang tercatit dalam tentatif. Catering sampai pukul 11am dan penyampaian hadiah dilangsungkan pada pukul 1pm. Ramai juga diantara peserta yang mengambil kesempatan untuk beriadah di sekitar kawasan Lata Bukit Hijau setelah tamat kayuhan. Ada yang mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai, dan ada yang berbelanja di kedai makan yang berhampiran. Kami amat berterima kasih kepada para peserta yang beriadah di sekitar kawasan event, salah satu tujuan kami menganjurkan jambori ini adalah untuk menarik minat pelancong luar untuk melawat Hutan Lipur Bukit Hijau dan menjana ekonomi kawasan tempatan.

Paling kami kesali, dalam kekecohan hari event selepas tamat perlumbaan, sebahagian dari para peserta yang tak bertanggungjawab telah mencuri kesemua hadiah cabutan bertuah, termasuklah kedua-dua buah basikal Giant yang bernilai RM10,000 yang membawa grand total jumlah kerugian sebanyak RM15,000. Akibatnya acara cabutan bertuah terpaksa dibatalkan kerana hadiah semua sudah dibawa lari. Staff-staff sokongan yang berada di tempat kejadian hanya boleh memandang kejadian itu kerana situasi sudah menjadi kecoh. Bukti visual untuk kejadian ada dalam simpanan kami, jadi semua yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan. Selain dari tu staff event juga dikasari, ada yang membaling batu kedalam kereta staff, dan kecurian beg staff yang ada pelbagai barang peribadi yang berharga. Kami sedar event kami banyak kepincangan dan kekurangan, tapi ini tidak membenarkan peserta untuk membuat kesalahan jenayah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk menegaskan bahawa Faruk Hassan dan Ammar Mariti bukanlah sebahagian dari penganjur. Kami telah mengupah mereka sebagai freelance untuk menjadi promoter, handler facebook page & blogspot, design promotional materials, dan pengurusan pendaftaran. Mereka tidak terlibat dalam pengurusan dan penganjuran event ini secara langsung. Tanggungjawab pengurusan dan penganjuran event ini jatuh kepada bahu kami selaku penganjur. Kami memohon sepenuh kemaafan kepada mereka kerana akibat pengurusan penganjur maklumat peribadi mereka telah diceroboh dan disebarkan dengan niat khianat, dan dituduh bertanggungjawab dalam penganjuran event ini. Sebarang ugutan dan layanan buruk keatas mereka adalah tidak bertempat dan dikira sebagai suatu penganiayaan. Jika mereka memilih untuk mengambil tindakan undang-undang keatas para individu yang bertanggungjawab mencemar identiti mereka, itu adalah tindakan di bawah budi bicara mereka dan di luar bidang kuasa penganjur.

Semua pihak yang masih belum menerima goodie bags, medals, dan tshirt boleh terus menghubungi pihak penganjur untuk menuntutnya. Kami akan hantar melalui kiriman pos ke alamat surat-menyurat yang peserta berikan.

Kami berharap laporan penuh ini dapat memberi closure kepada semua pihak yang terlibat. Kami ingin memohon maaf sekali lagi, event ini telah memberi impak yang besar kepada kami dan semua staff sokongan yang terlibat. Kami ambil iktibar dan pengajaran dari event ni untuk penambahbaikan sistem pengurusan penganjur. Kami memohon maaf daripada semua pihak yang terlibat dan yang berasa diri anda teraniaya dan tertipu oleh pengurusan kami. Kami hanyalah berharap semua yang terbaik dari event ini, dan kami memohon maaf atas kegagalan kami untuk memberikan event yang se gah yang kami janjikan.

NURUL SHUHADA BT. ASERI
MUHAMAD NORIZAN B. ALI
Penganjur
Kelab Sukan Rekreasi JPC
15 September 2014

Friday 21 February 2014

Selamat Datang

Sedikit Pengumuman:
1. Lokasi ambil goodie bag ialah lokasi event di Hutan Lipur Bukit Hijau. Sila hubungi nombor berikut untuk ahli yang berada di lokasi:
(0194106658 - SU)
(0135911137 - MUNIR)
Click link berikut untuk peta google maps: http://goo.gl/AUCEAP

2. Sila periksa list nama di link berikut: Participant List
Maklumkan Ammar Mariti untuk sebarang update dan kesilapan dalam rekod (nama/status/team/individu atau berkumpulan/etc)
Ammar Mariti - 0164358364
ammar.mariti@gmail.com
libertypedal@gmail.com

3. Penyertaan baru yang didaftarkan selepas 21 Ogos mungkin akan dapat tshirt sedikit lewat selepas event.

4. Sila lunaskan bayaran yuran pendaftaran seawal mungkin, SLIP PEMBAYARAN AMAT PENTING untuk kami ubah status dari Pending ke Paid. Pihak penganjur sedang menyediakan goodie bags. Hubungi Ammar Mariti jika sudah hantar slip pembayaran tapi nama masih pending.


Design nombor plat untuk riders.




Peta Lokasi Event (search "Taman Rekreasi Bukit Hijau" di google maps dan GPS)

Selamat datang ke portal rasmi acara kayuhan merdeka Bukit Hijau Liberty Pedal Jamboree 2014 / Kayuhan Merdeka Bukit Hijau 2014, kini dengan kerjasama bersama Kerajaan Negeri Kedah, Kementerian Belia dan Sukan, dan Kementerian Kesenian Kebudayaan dan Pelancongan!

Welcome to the official portal for the Independence Day jamboree Bukit Hijau Liberty Pedal Jamboree 2014! Now in collaboration with Kedah State Government, Ministry of Youth and Sports, and Ministry of Culture Arts and Tourism!



Pelbagai hadiah menarik akan dipertandingkan. Inilah peluang anda untuk beriadah sambil cari geng berbasikal! Banyak kategori yang disediakan untuk semua jenis peserta.

A lot of great prizes are up for grabs. This is your chance to exercise and have fun while looking for cycling friends! A lot of categories are prepared for all kinds of participants.

Maklumat am:
Tarikh: Ahad, 31 Ogos 2014
Tempat: Hutan Lipur Bukit Hijau, Kulim, Kedah
Yuran: RM60 (tshirt dry-fit, insurans, goodies, pingat, makan tengah hari, dan sijil)
RM1 dari setiap yuran penyertaan akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim.
Jarak: 42-45km (jarak dan route akan diupdate dari semasa ke semasa)
Kategori:
  • Junior:  Untuk peserta di bawah umur 21 tahun
  • Senior: Untuk peserta di antara umur 22 - 35 tahun
  • Junior Veteran: Untuk peserta diantara umur 36 - 45 tahun
  • Senior Veteran: Untuk peserta berumur 46 tahun dan keatas
  • Mens Open: Terbuka untuk semua peserta lelaki
  • Womens Open: Terbuka untuk semua peserta perempuan
General Information:
Date: Sunday, 31st August 2014
Venue: Hutan Lipur Bukit Hijau, Kulim, Kedah
Fee: RM60 (inclusive of dri-fit t shirt, insurance, goodies, medal, lunch, and certificate)
RM1 from every fee paid will be donated to chosen orphanages
Distance: 42-45km (distance and route will be updated from time to time)
Categories:
  • Junior: For participants under 21 years old
  • Senior: For participants between 22 - 35 years old
  • Junior Veteran: For participants between 36 - 45 years old
  • Senior Veteran: For participants over 46 years old
  • Mens Open: Open to all male participants (no age limit)
  • Womens Open: Open to all female participants (no age limit)

Hadiah yang sama akan diberikan kepada semua pemenang untuk semua kategori kecuali kategori Mens Open. Hadiah untuk kategori Mens Open adalah lebih lumayan.

The same prizes will be given to winners from all categories except for Mens Open. The prize for Mens Open will be a lot more lucrative.

Semua peserta yang sampai ke garisan penamat akan mendapat pingat.
Sebanyak 300 hadiah cabutan bertuah disediakan!

All participants who crosses the finish line will be given a medal.
300 lucky draw prizes will be given!

Hubungi / Contact:
Ammar B. Mohd. Mariti - 016 435 8364
Faruk Hassan B. Redzzuan - 013 281 8430
Facebook: Liberty Pedal Jamboree 2014